KAMI MEMBEKAL PERALATAN SUKAN YANG BERKUALITI DENGAN HARGA BERPATUTAN, MEMBEKAL PAKAIAN BERCETAK DAN SULAM. CENDERAHATI YANG MENARIK DAN PELBAGAI PILIHAN.
Pertumbuhan perniagaan pada kadar 15% setahun. Pembekal berwibawa dan berhemah tinggi. Pembekal beretika, bersih, cekap dan amanah. Kesinambungan permintaan dan kepuasan pelanggan. Peningkatan budaya elit dengan memupuk rasa ingin berjaya dan peka belajar. Penjagaan dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja dengan rasa kekeluargaan.
LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat kami telah ditubuhkan pada 24hb Mac 2006 dengan modal berbayar sebanyak RM 100,000.00 dengan pengalaman khusus. Aktiviti perniagaan adalah berdasarkan kepada kerja-kerja membekal peralatan sukan, baju, cenderahati dan jururunding.
Walaupun syarikat kami masih baru dari segi penubuhannya, akan tetapi pengalaman pengarah-pengarah dan pekerja-pekerja syarikat ini berpengalaman melebihi 15 tahun dalam bidang perniagan sukan yang kami ceburi. Syarikat kami juga dapat bersaing secara sihat dengan syarikat-syarikat lain yang telah lama bertapak di dalam bidang perniagaan ini.
Sehingga kini, syarikat kami telah melangkah masuk ke dalam arena pengurusan projek dan sentiasa mengambil bahagian dalam tender, sebutharga dan projek-projek khas sama ada secara terus mahupun secara usahasama dengan syarikat-syarikat pengedar di dalam dan luar negara.
Measure berapa harga
ReplyDeleteBola jack berapa harga
ReplyDelete