Fitball diperkenalkan pada awal 70-an oleh Pakar terapi fizikal di Switzerland bagi program latihan terapeutik bagi tujuan kecergasan. Namun di Amerika pula, ia dicipta untuk program pemulihan (rehabilitasi) yang sesuai untuk golongan pesakit. Aktiviti menggunakan 'fitball' amat sesuai untuk semua tahap kecergasan dan peringkat umur kerana ia dapat dilaksanakan dengan pelbagai teknik mudah. Keberkesanannya juga terbukti bagi latihan kemantapan, kestabilan, kekuatan otot dan tulang terutamanya bagi pembentukan tulang belakang.
Kebaikan Menggunakan Fitball
- Aktiviti fizikal berintensiti rendah dan sederhana yang mampu memberi kesan optimum.
- Meningkatkan keseimbagan, koordinasi dan ketangkasan tubuh badan.
- Memfokuskan kepada kekuatan otot.
- Membantu meningkatkan stamina.
- Senang dibawa dan boleh dilakukan dirumah, pejabat dan di mana sahaja.
No comments:
Post a Comment